Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

=====================================================================
"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH" =====================================================================
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, kami ingin memperkenalkan kepada anda SISTEM KEUSAHAWANAN HAI-O MARKETING SDN. BHD yang menawarkan satu pakej mudah perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan yang LUMAYAN dengan MUDAH!!
=====================================================================

Friday, September 11, 2009

KEKAYAAN DALAM ISLAM


Adakah kembara seorang yang membina kekayaan itu semestinya seorang yang materialistik?

Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat berjaya dalam perniagaan & berkahwin pula dengan seorang wanita (bangsawan & saudagar kaya) bernama Siti Khadijah, isteri yang paling dikasihi & disayangi. Baginda pernah menyarankan sahabat2nya mengumpul kekayaan. Dunia memperakui Rasulullah SAW adalah contoh seluruh alam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim memperkukuhkan hujah bahawa Rasulullah SAW tidak mahu umatnya miskin, suatu hari Baginda memanggil sahabatnya Amar bin Ash, lantas menyarankan sahabatnya itu memakai baju besi & membawa senjata. Sabda Rasulullah SAW ; "Aku mengutusmu pergi berekspedisi di mana kami akan mendapat banyak harta rampasan, dan Kuharap engkau kembali dengan selamat membawa banyak harta (harta rampasa)".

Amar menjawab, "Ya Rasulullah, aku memeluk agama suci Islam bukan untuk memperkayakan diri, tetapi kerana semangat mulia Islam". Rasulullah SAW seraya menjawab, "Wahai Amar, sungguh terpuji, harta yang suci bagi orang2 yang soleh".

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa kekayaan adalah suatu yang dituntut, tetapi haruslah dengan kembaraan - 'BINA KEKAYAAN, BINA KETAQWAAN', sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah yang bermaksud; "Tidak ada mudarat dalam harta bagi mereka yang bertaqwa".

Kenapa Rasulullah SAW menekankan pentingnya kekayaan? Rasulullah SAW sedar bahawa perjuangan Islam memerlukan pembiayaan yang besar. Bahkan apa sahaja perjuangan dalam hidup ini memerlukan kewangan yang besar.

Sering kali Islam dianggap sebagai agama orang miskin. Kita sering diperkotak-katikkan seperti hamba abdi & dihina, justeru kemiskinan. Rasulullah SAW tidak mengajar umatnya mengemis, sebaliknya lebih menggalakkan umatnya bersedekah & membantu orang lain. Oleh kerana itulah kita memerlukan lebih ramai masyarakat Islam yang berstatus hartawan, jutawan serta dermawan.


No comments:

Post a Comment