Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

=====================================================================
"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH" =====================================================================
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, kami ingin memperkenalkan kepada anda SISTEM KEUSAHAWANAN HAI-O MARKETING SDN. BHD yang menawarkan satu pakej mudah perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan yang LUMAYAN dengan MUDAH!!
=====================================================================

Thursday, September 3, 2009

Semangat Juang Pacu Usahawan Melayu Hai-O Berjaya

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Di sebalik kelembapan ekonomi dunia, Hai-O Marketing Sdn Bhd masih berjaya mencungkil bakat sekaligus melahirkan ramai usahawan Melayu yang mempunyai semangat keusahawanan yang jitu dan tidak takut bersaing.

Sungguhpun ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan industri akan merudum disebabkan krisis ekonomi dunia, namun industri jualan langsung, terutamanya syarikat Hai-O, menerusi 100,000 ahlinya telah membuktikan ia mampu bertahan daripada menerima tempias kemelesetan ekonomi.

Terdiri daripada 95 peratus Melayu dan Bumiputera, kumpulan usahawan Hai-O ini telah membuktikan bahawa walaupun dalam keadaan yang sukar tanpa perlu bergantung dengan bantuan dan insentif daripada kerajaan, mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Ini diakui sendiri oleh Tun Musa Hitam, pengerusi Bersama Majlis Dagangan Malaysia-China, yang menyaksikan sendiri bagaimana semangat keusahawanan tertanam tinggi di dalam diri usahawan-usahawan itu tanpa mengenal erti penat lelah.

"Mereka melihat kejayaan. Mereka boleh nampak dengan mata kepala sendiri, bagaimana hasil daripada usaha, mereka boleh mencapai kejayaan.

"Tidak payah bantuan kerajaan, tak payah insentif apa-apa, tak perlu subsidi pun, mereka boleh berjaya. Hanya perlu diberi laluan dan dengan daya usaha mereka, mereka boleh berjaya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Musa ditemubual ketika menjadi tetamu khas Diamond Night Hai-O baru-baru ini.

Hai-O Enterprise Bhd, yang 75 peratus keuntungan disumbangkan melalui perniagaan jualan langsungnya, telah menerima anugerah terbaik tahun keempat Forbes Asia di bawah senarai satu billion bagi tahun kedua berturut-turut pada tahun lepas.

Dalam membimbing usahawannya, Hai-O turut memberi bimbingan dari segi pelan pemasaran, penjualan produk dan insentif bagi mereka yang mencapai termasuklah pakej Umrah dan percutian ke destinasi pelancongan.

Musa berkata ramai yang tidak tahu bahawa usahawan-usahawan Hai-O yang berjaya, kebanyakannya dipelopori oleh guru dan suri rumahtangga.

"Banyak orang tidak tahu bahawa kejayaan syarikat Hai-O ini yang paling aktif sehingga Hai-O mencapai kejayaan yang begitu gilang gemilang melibatkan suri rumahtangga, kaum wanita khususnya," katanya.

Katanya, semangat ini perlu dicontohi ramai terutamanya peniaga-peniaga Cina di mana konsep jualan langsung yang dimulakan pengasasnya, Tan Kai Hee telah berjaya meraih kejayaan yang berlipat kali ganda.

"Cerita berhubung Hai-O ini harus disebarkan kepada masayarakat umum.

"Kepada pengusaha-pengusaha Cina, saya harap Hai-O ini akan dapat dicontohi dan diteladani bagaimana usahawan Cina dengan pengetahuan dan pengalamannya, dapat membimbing orang Melayu yang terdiri daripada rakyat jelata sahaja dalam aktiviti jualan langsung sekaligus membina semangat keusahawanan yang jitu," katanya.

Menurut Musa, ini sekaligus merupakan satu sumbangan yang sangat bermakna dalam konteks negara dan rakyat dalam mencapai objektif bersama untuk capai kejayaan.

"Ini (semangat) unik di Malaysia dan dilakukan secara sendirian oleh lelaki ini (Tan). Dengan inisiatifnya, beliau membuka peluang dan menyumbang kepada orang biasa," katanya.

Siti Rohana Yusoff, yang kini bergelar Pengurus Crown Diamond (CDM), sudah lima tahun menceburi bidang jualan langsung Hai-O dan kini mampu meraih pendapatan dari lima ke enam angka sebulan.

"Mula-mula saya buat separuh masa disebabkan kesibukan menjadi guru. Lepas setahun setengah, saya nampak masa depan yang cerah kalau terus buat secara sepenuh masa lalu berhenti kerja," katanya.

Pada mulanya, agak sukar menukar persepsi orang ramai tentang jualan langsung, namun berkat kesabaran dan tidak putus asa, beliau akhirnya berjaya.

"Orang perempuan, kalau bab kesihatan dan kecantikan, susah sikit nak tolak. Bermula dari itu, saya mulakan dan akhirnya berjaya sampai ke tahap ini atas dorongan suami," kata Rohana, yang menerima Anugerah Khas pada Diamond Night itu.

Katanya, walaupun ekonomi negara agak perlahan, ia sedikitpun tidak mengganggu perniagaannya malah mendapat lebih ramai permintaan dari orang ramai untuk menjadi usahawan sepertinya berikutan keperluan untuk mendapatkan wang tambahan.

Seorang lagi penerima anugerah tersebut, Samiah Parman, pada mulanya, tidak mempercayai langsung produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat itu.

Namun, setelah mencubanya sendiri dan mendapati produk "Body Beautiful" berkesan, ia telah menarik minatnya untuk mencuba dan menceburi bidang itu secara langsung.

"Kejayaan saya bermula dengan strategi pemasaran. Saya memberi pilihan kepada mereka sama ada ingin menjadi pengedar atau usahawan. Hasilnya, saya berjaya melahirkan seramai 20 orang CDM di Kuala Kubu Baru sahaja," katanya.

Pada majlis Diamond Night tersebut, seramai 171 orang Pengurus Jualan Diamond (DSM), 47 orang Pengurus Double Diamond (DDM) dan 29 pemenang Tabung Kereta diiktiraf.

MELEBARKAN SAYAP KE INDONESIA

Hai-O kini bersedia untuk melebarkan sayapnya. Pilihan kali ini, negara jiran, Indonesia.

Bakal membuka cawangannya di republik itu selewat-lewatnya hujung bulan ini, Tan, yang juga pengarah urusan kumpulan itu berkata syarikatnya mensasarkan pendaftaran seramai 5,000 orang untuk tempoh enam bulan pertama ini.

"Kita akan memberi peluang untuk pendaftaran keahlian percuma bagi menarik ramai ahli. Selain itu, kita turut mengadakan beberapa bengkel bagi memperkenalkan produk-produk tersebut," katanya.

Kini, ahlinya di Malaysia sahaja berjumlah 100,000 orang.

Untuk menambah bilangan keahliannya di Malaysia, syarikat itu bercadang untuk melancarkan produk baru seperti produk penjagaan kulit, produk makanan kesihatan dan produk barangan rumah, selewat-lewatnya tahun kewangan akan datang, katanya.

Ketika ditanya sama ada syarikat berminat untuk meneroka pasaran lain di rantau ini, Tan berkata masih ada ruang yang besar dalam pasaran Malaysia dan juga di Indonesia.

"Kami komited dalam memupuk usahawan Bumiputera dan menggalakkan pengedar menjadikan keusahawanan sebagai kejayaan pilihan. Setakat ini, usahawan-usahawan Hai-O telah menunjukkan prestasi yang membanggakan," tambahnya.

Dianggarkan jualan langsung secara berbilang peringkat (MLM) menyumbang jualan sebanyak RM8 bilion setiap tahun terhadap ekonomi negara, satu pencapaian yang boleh dibanggakan di kala negara ini menghadapi tempias kelembapan ekonomi dunia.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment