Tajuk Berita:
Kandungan Bahan Asing Dalam Air Terawat Tinggi
20/10/2009 9:49am
KUALA LUMPUR 20 Okt. — Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria e-coli, aluminium dan ferum (besi) didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Baharu mendapati kandungan ferum dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.
Sebagai contoh, pada bulan Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan ferum dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.
Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus e.coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.
"Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat,” kata laporan itu. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
No comments:
Post a Comment